Thursday 25 April 2013

Walkabout di Klinik Ibu Mengandung dan Melawat Sekitar Kawasan Pantai Indah

Awal pagi Khamis, Dato' Raja Nong Chik bersama isteri, Datin Nafesah telah melakukan walkabout di Klinik Ibu Mengandung, Pantai Indah. Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat UMNO Bahagian yang membantu menyampaikan cenderahati kenang-kenangan berupa kemeja-T serta button badges kepada pengunjung-pengunjung serta staf klinik.

RNC dan isteri sempat bertanya khabar kepada bakal-bakal ibu yang mengunjungi klinik tersebut.

RNC dan isteri beramah mesra bersama pengunjung klinik

Datin Nafesah dan RNC mendekati seorang bakal ibu

Staf-staf di klinik yang bertugas dengan penuh dedikasi

Setiap staf menerima cenderahati berupa kemeja-T dan button badges

Selesai lawatan di Klinik Ibu Mengandung, RNC bersama isteri meneruskan walkabout di kawasan sekitar Pantai Indah, bertanya khabar para penduduk sambil menikmati minum pagi.

RNC dan isteri berjalan dari klinik ke kawasan sekitar

Melihat seorang peniaga roti canai menebar roti

Minum pagi bersama salah seorang penduduk yang rancak bercerita kepada RNC

No comments:

Post a Comment