Thursday 25 April 2013

Pelancaran English Week di SK Bukit Pantai, Bangsar

Pada sebelah malam, telah berlangsung Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris atau English Week bertempat di SK Bukit Pantai, Bangsar. English Week tersebut yang mengambil slogan "Oh! My English..." sempena siri televisyen bercorak pendidikan yang popular itu merupakan inisiatif dan anjuran Panel Bahasa Inggeris SKBP bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Dato' Raja Nong Chik yang hadir bersama isteri, Datin Nafesah. Majlis itu juga dihadiri oleh ibu bapa pelajar dan orang ramai dari kawasan sekitar. Program sebegini wajar diberi sokongan dan diperluaskan ke sekolah-sekolah demi meningkatkan kualiti pembelajaran dan memperkasakan kemahiran pelajar dalam penggunaan bahasa terpenting dunia itu.


Datin Nafesah menyampaikan ucapan

Datin Nafesah duduk di kalangan para guru

Bergambar kenangan bersama para pendidik dan hadirin

RNC beramah mesra dengan salah seorang ibu pelajar

Datin Nafesah ditemu bual oleh media




No comments:

Post a Comment