Sunday 21 April 2013

Majlis Ramah Mesra di Taman Sri Pandyan

Pada jam 3.30 petang tadi, Dato' Raja Nong Chik telah berkunjung ke Taman Sri Pandyan, Jalan Pandyan bagi sesi ramah mesra bersama penduduk. Walaupun hujan, ramai penduduk datang untuk bertemu RNC selain menunjukkan tanda sokongan terhadap beliau dan Barisan Nasional.

Ketibaan RNC disambut meriah dengan paluan kompang serta diiringi dengan konvoi motosikal oleh Pemuda BN. Dalam sesi bersama penduduk, Pengerusi KRT Taman Angkasa, Taman Sri Pandyan dan Taman Puchong Indah iaitu Dr. Doreraja telah menyampaikan ucapan penuh semangat dan memuji RNC yang tidak pernah berlengah dalam menghulurkan bantuan. Dr. Doreraja mewakili seluruh penduduk menyuarakan harapan mereka agar RNC 'kembali' semula ke Lembah Pantai dan meraih kemenangan menjelang Pilihanraya ke-13 nanti.


Ketibaan RNC disambut dengan paluan kompang

Sebahagian penduduk yang memenuhi khemah -- semangat 1Malaysia!

Barisan Pemuda melaungkan sorak semangat menyokong RNC

RNC menyertai konvoi motosikal, ronda-ronda di sekitar Taman Sri Pandyan

Konvoi motosikal Pemuda BN

Sempat mendengar luahan  dan masalah penduduk

RNC mesra dengan semua -- kecil, besar, tua dan muda

No comments:

Post a Comment