Tuesday 23 April 2013

Seni Mempertahankan Diri Judo untuk Golongan Wanita

Akhir-akhir ini, begitu banyak kes jenayah melibatkan golongan wanita seperti kejadian rogol, samun, culik malah kes bunuh berlaku di Malaysia. Keadaan ini begitu membimbangkan kerana jumlah dan kekerapan berlakunya kes-kes seperti ini semakin meningkat hari demi hari. Sudah tiba masanya masyarakat mengambil langkah yang lebih proaktif bagi menangani masalah ini. Salah satu daripadanya adalah dengan mempelajari seni mempertahankan diri.

Menyedari keperluan ini, bertempat di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya telah berlangsung sesi penerangan dan demonstrasi seni mempertahankan diri judo khusus untuk golongan wanita. Turut hadir pada sesi tersebut adalah isteri kepada Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, iaitu Datin Nafesah yang memberi sokongan penuh, malah turut mencuba gerakan-gerakan dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Judo adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun. Perkataan 'judo' itu sendiri bermaksud pergerakan yang lembut (gentle way), mengetengahkan langkah-langkah mempertahankan diri yang tidak kasar, sesuai bagi golongan wanita. Sesi penerangan dan demonstrasi ini dihadiri oleh wanita dari pelbagai latar usia dan kaum. Datin Nafesah turut mencuba sendiri beberapa langkah dalam seni mempertahankan diri judo yang unik ini.


Penerangan oleh jurulatih judo wanita

Datin Nafesah mendengar penerangan dengan teliti

Datin Nafesah turut mencuba gerakan asas judo

Jurulatih menerangkan kemungkinan situasi berbahaya yang mungkin menimpa wanita

Jurulatih menunjukkan demo menumpaskan lawan

Datin Nafesah turut mencuba gerakan judo menentang musuh

Respon daripada peserta-peserta yang hadir

Judo boleh diamalkan oleh semua golongan dan usia

Datin Nafesah turut berkongsi pengalaman

Bergambar kenangan bersama para peserta

1Malaysia menyokong judo...!

No comments:

Post a Comment