Sunday 21 April 2013

Aktiviti Komuniti di PPR Sri Pantai

Selepas bersarapan di Apartmen Putra Ria, pada jam 10.30 pagi Dato' Raja Nong Chik dan Datin Nafesah meluangkan masa di PPR Sri Pantai bersama para penduduk melakukan aktiviti komuniti. Antaranya, acara gotong-royong yang dinamakan treasure hunt kebersihan, melawat gerai-gerai perniagaan yang dijalankan oleh penduduk setempat serta melihat persiapan makan tengah hari yang menyajikan menu lazat seperti gulai kawah.

Acara gotong-royong ini dianjurkan oleh Alam Flora dan disertai oleh para penduduk yang tinggal di PPR Sri Pantai. Apa yang menarik tentang aktiviti ini adalah, ia diadakan dalam bentuk pertandingan di mana peserta yang berjaya mengumpul sampah terbanyak akan menerima hadiah lumayan. Selain dapat membersihkan kawasan, para penduduk dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dan paling penting, menyihatkan badan.

Sukarelawan belia bergambar ceria bersama RNC dan isteri

Bukti pemimpin yang bukan sekadar melawat, tapi buat kerja!

Para penduduk begitu teruja dapat bertemu dengan RNC

Pemimpin berdedikasi, pemimpin disanjung

Barisan pekerja yang membaik pulih dan menyelenggara kawasan perumahan

RNC diiringi dalam pertemuan bersama penduduk

Seorang penduduk yang berkerusi roda kerana kecederaan di kaki gembira dapat bertemu RNC

RNC melawat booth face painting untuk golongan cilik

Menu gulai kawah -- terbaik...!

Bukan senang hendak menyiapkan gulai kawah, perlu kesabaran yang tinggi

Kerja-kerja membersihkan longkang

Pendedahan di usia muda --- RNC turut melawat Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di PPR Sri Pantai

RNC memberi ucapan sempena acara treasure hunt kebersihan

Antara penduduk yang membanjiri kawasan khemah dan mengikuti program 

Pemenang tempat pertama acara tresure hunt kebersihan menerima hadiah bernilai RM300

RNC dalam sesi soal jawab bersama media

No comments:

Post a Comment