Thursday 25 April 2013

Lawatan ke Bilik Gerakan PDM Abdullah Hukum, Bangsar

Pada jam 5.30 petang, Dato' Raja Nong Chik bersama isteri, Datin Nafesah telah berkunjung ke Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Abdullah Hukum, Bangsar dalam satu sesi khas bertemu para pegawai dan penduduk di sekitar pusat daerah mengundi tersebut.

Ketibaan RNC dan isteri disambut oleh Ketua PDM dan para pegawai, lalu diiringi ke bilik mesyuarat untuk minum petang. Kemudian sedikit ulasan diberi tentang senarai pengundi asal Lembah Pantai yang didakwa sebagai pengundi hantu oleh wakil dari pihak pembangkang. Sesi soal jawab bersama media menutup acara lawatan ke PDM tersebut.

Ketibaan RNC disambut oleh Ketua PDM Abdullah Hukum

Minum petang bersama pegawai-pegawai di PDM

Datin Nafesah berbual mesra dengan salah seorang penduduk yang hadir

Senarai nama asal pengundi Lembah Pantai yang didakwa sebagai pengundi hantu oleh wakil pembangkang

No comments:

Post a Comment