Sunday 28 April 2013

Sarapan Pagi di PPR Muhibbah

Pada pagi Ahad, 28 April 2013, Dato' Raja Nong Chik bersama isteri, Datin Nafesah telah berkesempatan meluangkan masa bersarapan bersama para penduduk di PPR Muhibbah. Walaupun masih awal iaitu sekitar jam 9.00 pagi, sambutan luar biasa diberikan mengalu-alukan ketibaan pemimpin kesayangan ramai ini.

RNC kelihatan begitu bertenaga menyampaikan ucapan ringkas sejurus selepas bersarapan dan disambut dengan sorakan daripada para hadirin tanda sokongan padu terhadap beliau dan semestinya, Barisan Nasional.

RNC dan isteri ketika baru tiba di PPR Muhibbah

Datin Nafesah melayani si penyokong cilik berbaju biru. Sokong!

RNC menerima sorakan sokongan ketika memberikan ucapan

Kecil, besar, tua dan muda datang memberikan sokongan

TEPUKAN SEMANGAT -- RNC pemimpin harapan semua, demi masa depan Lembah Pantai



No comments:

Post a Comment