Tuesday 14 May 2013

Perjuangan Tetap Diteruskan!

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Seperti yang semua telah sedia maklum, pada 5 Mei lalu, rakyat Malaysia telah pun melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Tarikh tersebut menyaksikan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para penyokong RNC dan juga penyokong Barisan Nasional di Lembah Pantai secara umumnya.

Walau bagaimanapun, ternyata kemenangan tidak berpihak kepada Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang bertanding di Parlimen P121 Lembah Pantai. Namun begitu, tidak bermakna perjuangan beliau akan terhenti di sini. RNC akan terus menerus berusaha membangunkan Lembah Pantai dan tetap teguh memperjuangkan segala yang terbaik demi rakyat dan hanya untuk rakyat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh berkempen yang lalu. Semua usaha yang dilakukan amat bermakna sekali dan sangat dihargai. Teruskan menyokong RNC hingga pilihan raya yang akan datang. Semoga dengan sokongan anda semua akan mengembalikan kemenangan Barisan Nasional di Lembah Pantai.

Perjuangan belum berakhir.

Perjuangan akan tetap diteruskan!





Baca selanjutnya...

Tuesday 30 April 2013

Lawatan ke Pusat Mengundi di Balai Polis Bukit Travers

Pada hari Selasa, 30 April 2013, Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah mengadakan lawatan ke Pusat Mengundi di Balai Polis Bukit Travers lebih kurang jam 10.30 pagi. Lawatan singkat tersebut menerima sambutan mesra dari para pegawai dan petugas polis yang turut mengiringi RNC melihat-lihat ke sekitar pusat mengundi yang terletak di Tingkat 2 balai polis tersebut.

Sesi lawatan itu diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pihak media.

Balai Polis Bukit Travers

RNC tiba di perkarangan pusar mengundi di Balai Polis Bukit Travers

RNC sempat beramah mesra bersama anggota polis


Sesi soal jawab bersama media




Baca selanjutnya...

Monday 29 April 2013

Pelancaran Kad Laporan Lembah Pantai

Pada hari Isnin, 29 April 2013 bertempat di Lorong Ara Kiri 2, Taman Lucky, Bangsar telah berlangsung Majlis Pelancaran Kad Laporan Lembah Pantai. Pelancaran ini yang berlangsung sekitar jam 9.00 malam telah disempurnakan dalam acara yang penuh gilang gemilang dan dihadiri lebih 2,000 orang penduduk sekitar Bangsar dan Lembah Pantai.

Kad Laporan Lembah Pantai merupakan senarai pencapaian dan usaha yang telah dilaksanakan oleh RNC sepanjang empat tahun lalu dan yang terkini dalam usaha membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Lembah Pantai. Ia memuatkan lebih dari 600 program, projek dan pelaksanaan pelbagai usaha yang diinisiatifkan oleh RNC demi kesejahteraan rakyat. Kad Laporan ini merupakan bukti kerja keras RNC sebagai seorang pemimpin yang benar-benar melaksanakan tugas dan bukan sekadar muncul menjelang waktu pilihan raya sahaja. Beliau sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat serta terus menerus melaksanakan projek-projek pembangunan untuk membantu masyarakat dari segenap lapisan sejak tahun 2008 lagi.

Lebih 2,000 salinan Kad Laporan diedarkan pada malam pelancaran tersebut. Kad Laporan ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

RNC menyampaikan ucapan sempena pelancaran


DEMI LEMBAH PANTAI -- Semangat RNC turut dirasai oleh setiap hadirin

1MALAYSIA -- RNC bersama pemimpin-pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional


RNC membentang dan menerangkan kandungan Kad Laporan Lembah Pantai

RAMAI -- Sokongan luar biasa dari masyarakat Bangsar

RNC dijulang beramai-ramai oleh para penyokong

INILAH HASILNYA -- RNC bangga menunjukkan Kad Laporan Lembah Pantai, bukti kerja keras beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan rakyat selama ini

Rakan-rakan media yang membuat liputan

LAUTAN PENYOKONG -- Pandangan dari atas pentas

RNC dan isteri mengedarkan Kad Laporan kepada hadirin

Datin Nafesah turut membantu mengedarkan Kad Laporan

Sokongan dari kaum India

Sokongan dari kaum Cina juga tidak kurang hebatnya

Baca selanjutnya...

Sunday 28 April 2013

Program 'Jom Get Fit' & Pelancaran B.A.S.S serta Better Nation di Bangsar Village

Menjelang jam 11.30 pagi, Dato' Raja Nong Chik bersama isteri, Datin Nafesah telah menghadiri program 'Jom Get Fit' di Kompleks Sukan Bangsar, di samping melancarkan Bangsar Association of Sports (B.A.S.S.) yang mempromosikan program-program bermanfaat untuk kesihatan semua lapisan golongan masyarakat.

Ketibaan RNC dan isteri disambut dengan persembahan menarik dari kumpulan pemuzik yang menganggotai pasukan capoeira, sebuah seni kemahiran mempertahankan diri berasal dari negara Brazil yang turut dipersembahkan sebagai tarian dan juga merupakan salah satu rutin senaman yang menyihatkan badan. Para hadirin begitu terhibur menonton persembahan yang begitu unik ini.

Ketibaan RNC disambut oleh persembahan dari kumpulan muzik capoeira B.A.S.S.

RNC menyempurnakan pelancaran B.A.S.S.

B.A.S.S. -- Bangsar Association of Sports

Persembahan menarik seni mempertahankan diri capoeira yang memukau pandangan umum

MAHIR -- Seorang ahli kumpulan mempersembahkan gerakan menarik yang memerlukan latihan khusus

Setelah selesai pelancaran B.A.S.S di Kompleks Sukan Bangsar, pada sebelah petang, RNC dan isteri bergerak menuju ke Bangsar Village pula bagi memeriahkan Program Better Nation bersama Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) bagi mendekati para pengunjung di pusat beli belah tersebut, khususnya golongan muda. Program ramah mesra ini turut disertai oleh RNC sekeluarga, termasuk kedua-dua anak beliau, Raja Farhana dan Raja Hamzah.


RNC bersama isteri sejurus tiba di Bangsar Village

Bersama sebahagian sukarelawan BNYV yang menyertai program


Baca selanjutnya...

Sarapan Pagi di PPR Muhibbah

Pada pagi Ahad, 28 April 2013, Dato' Raja Nong Chik bersama isteri, Datin Nafesah telah berkesempatan meluangkan masa bersarapan bersama para penduduk di PPR Muhibbah. Walaupun masih awal iaitu sekitar jam 9.00 pagi, sambutan luar biasa diberikan mengalu-alukan ketibaan pemimpin kesayangan ramai ini.

RNC kelihatan begitu bertenaga menyampaikan ucapan ringkas sejurus selepas bersarapan dan disambut dengan sorakan daripada para hadirin tanda sokongan padu terhadap beliau dan semestinya, Barisan Nasional.

RNC dan isteri ketika baru tiba di PPR Muhibbah

Datin Nafesah melayani si penyokong cilik berbaju biru. Sokong!

RNC menerima sorakan sokongan ketika memberikan ucapan

Kecil, besar, tua dan muda datang memberikan sokongan

TEPUKAN SEMANGAT -- RNC pemimpin harapan semua, demi masa depan Lembah Pantai



Baca selanjutnya...

Saturday 27 April 2013

Perayaan Tahunan bagi Masyarakat Hindu di Kuil Kamatchi Amman, Bukit Bangsar

Bersempena perayaan tahunan yang disambut oleh golongan beragama Hindu, Dato' Raja Nong Chik telah meluangkan masa berkunjung ke Kuil Kamatchi Amman yang terletak di Bukit Bangsar bagi turut sama menyaksikan sambutan perayaan tersebut. Ketibaan RNC di kuil tersebut sekitar jam 1.45 tengah hari itu disambut ceria oleh para pengunjung kuil tersebut dengan kalungan bunga malai.

RNC menyampaikan ucapan ringkas serta mendekati komuniti beragama Hindu yang mengunjungi kuil tersebut.

Kedatangan RNC disambut oleh para pengunjung kuil Kamatchi Amman

Kalungan bunga malai -- tanda memuliakan tetamu

SOKONG PENUH -- Khalayak yang hadir menyahut seruan semangat yang dilaungkan

RNC sempat beramah mesra dengan seorang anak kecil yang turut mengunjungi kuil

Baca selanjutnya...

Fund Raising Bazaar: Kutipan Tabung Wira Negara Lembah Pantai

Pada pagi Sabtu, 27 April 2013 telah berlangsung program Fund Raising Bazaar iaitu program pelancaran Tabung Wira Negara Lembah Pantai khusus bagi membantu keluarga pasukan keselamatan negara. Program yang berlangsung pada  jam 10.00 pagi itu dianjurkan oleh Rukun Tetangga Jalan Kurau, Bangsar Pertama serta dihadiri oleh warga yang tinggal di kawasan berkenaan dan sekitar.

Pelancaran program disempurnakan oleh Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan ucapan perasmian. Beliau dan isteri juga turut melawat ke gerai-gerai peniaga yang terdapat di sekitar tapak program.


Fund Raising Bazaar: Tabung Wira Negara Lembah Pantai

Upacara pelancaran program dilaksanakan bersama-sama oleh RNC dan pihak penganjur

RNC melawat ke gerai-gerai di tapak perniagaan bazar

Datin Nafesah turut tidfak ketinggalan beramah mesra bersama peniaga

Baca selanjutnya...