Saturday 27 April 2013

Fund Raising Bazaar: Kutipan Tabung Wira Negara Lembah Pantai

Pada pagi Sabtu, 27 April 2013 telah berlangsung program Fund Raising Bazaar iaitu program pelancaran Tabung Wira Negara Lembah Pantai khusus bagi membantu keluarga pasukan keselamatan negara. Program yang berlangsung pada  jam 10.00 pagi itu dianjurkan oleh Rukun Tetangga Jalan Kurau, Bangsar Pertama serta dihadiri oleh warga yang tinggal di kawasan berkenaan dan sekitar.

Pelancaran program disempurnakan oleh Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan ucapan perasmian. Beliau dan isteri juga turut melawat ke gerai-gerai peniaga yang terdapat di sekitar tapak program.


Fund Raising Bazaar: Tabung Wira Negara Lembah Pantai

Upacara pelancaran program dilaksanakan bersama-sama oleh RNC dan pihak penganjur

RNC melawat ke gerai-gerai di tapak perniagaan bazar

Datin Nafesah turut tidfak ketinggalan beramah mesra bersama peniaga

No comments:

Post a Comment