Wednesday 24 April 2013

Lawatan Rumah ke Rumah di PPR Pantai Dalam, Blok 100 dan 102

Penduduk yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana sentiasa mendambakan bantuan dan keprihatinan daripada pemimpin dan pihak-pihak berkepentingan. Projek PPR ini sendiri merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu golongan ini menikmati kehidupan yang lebih baik.

Selepas bersarapan bersama para penduduk di PPR Kg. Limau, isteri kepada Dato' Raja Nong Chik iaitu Datin Nafesah telah meluangkan masa melawat penduduk PPR Pantai Dalam yang tinggal di Blok 100 dan 102 dari rumah ke rumah. Terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila melihat Datin Nafesah muncul di hadapan pintu lantas menjemput beliau masuk. Selain itu, Datin Nafesah turut sempat melawat ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang terletak di Blok 100.

Antara kesemua penduduk yang dilawati, tiga orang daripadanya telah ditemu ramah. Mereka memberi respon yang sangat positif dan menyatakan sokongan penuh terhadap Dato' Raja Nong Chik serta Barisan Nasional.

"Dato' ada banyak tolong sama orang," kata Puan Moo Ah Ying dengan penuh rasa terharu.

SOKONG PENUH - Puan Moo berdiri di samping sepanduk yang digantung di rumahnya tanda sokongan terhadap RNC.

Puan Moo turut menyimpan koleksi keratan akhbar tentang RNC.

"Masa kami sekeluarga susah, tak ada pun bantuan daripada oleh wakil rakyat. Hanya Dato' RNC yang  prihatin dan tampil memberikan bantuan," kata Puan Masumpy Sabdeen, penghuni Blok 102 Pantai Dalam.

Puan Masumpy ceria menyambut kunjungan daripada wakil 1MCLP ke rumahhnya.

No comments:

Post a Comment