Friday 26 April 2013

Walkabout di Pasar Malam Brickfields

Selepas solat Jumaat dan makan tengah hari bersama jemaah masjid Pantai Dalam, pada sebelah petang Dato' Raja Nong Chik meluangkan masa bertemu orang ramai di pasar malam Brickfields. Kehadiran RNC di tapak pasar malam tersebut menerima sambutan mesra daripada para pengunjung dan peniaga.

Pasar malam Brickfields yang dibuka seawal jam 6.00 petang menjadi kawasan tumpuan para pengunjung dari kawasan sekitar mahupun luar untuk membeli juadah santapan, barang-barang keperluan asas harian serta pakaian. Pengunjung dari berbilang bangsa dan agama membuktikan semangat 1Malaysia.

RNC sentiasa murah dengan senyuman
Pengunjung tua dan muda pelbagai usia

Para pengunjung dapat membeli barangan keperluan harian yang segar

Kunjungan RNC ke pasar malam menceriakan semua

Para peniaga turut gembira dengan kunjungan RNC

No comments:

Post a Comment