Menyedari keperluan ini, bertempat di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya telah berlangsung sesi penerangan dan demonstrasi seni mempertahankan diri judo khusus untuk golongan wanita. Turut hadir pada sesi tersebut adalah isteri kepada Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, iaitu Datin Nafesah yang memberi sokongan penuh, malah turut mencuba gerakan-gerakan dalam seni mempertahankan diri tersebut.
Judo adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun. Perkataan 'judo' itu sendiri bermaksud pergerakan yang lembut (gentle way), mengetengahkan langkah-langkah mempertahankan diri yang tidak kasar, sesuai bagi golongan wanita. Sesi penerangan dan demonstrasi ini dihadiri oleh wanita dari pelbagai latar usia dan kaum. Datin Nafesah turut mencuba sendiri beberapa langkah dalam seni mempertahankan diri judo yang unik ini.
Penerangan oleh jurulatih judo wanita |
Datin Nafesah mendengar penerangan dengan teliti |
Datin Nafesah turut mencuba gerakan asas judo |
Jurulatih menerangkan kemungkinan situasi berbahaya yang mungkin menimpa wanita |
Jurulatih menunjukkan demo menumpaskan lawan |
Datin Nafesah turut mencuba gerakan judo menentang musuh |
Respon daripada peserta-peserta yang hadir |
Judo boleh diamalkan oleh semua golongan dan usia |
Datin Nafesah turut berkongsi pengalaman |
Bergambar kenangan bersama para peserta |
1Malaysia menyokong judo...! |
No comments:
Post a Comment