Sunday, 21 April 2013

Bertemu Penduduk di Flat Seri Pahang

Pada sebelah malam, kira-kira jam 10.00 malam, Dato' Raja Nong Chik telah berkunjung ke Flat Seri Pahang untuk bertemu dengan para penduduk di situ. Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah Tan Sri Dato' Sanusi Junid dan Presiden Persatuan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir, yang juga merupakan teman lama seperjuangan RNC sejak tahun 1972 lagi.

Acara bertemu dengan penduduk itu dimeriahkan dengan sesi dialog atau soal jawab bersama RNC. Para penduduk tampil menyuarakan harapan serta sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada RNC.


Pertemuan teman-teman lama -- Datuk Moehamad Izat Emir dan Tan Sri Dato' Sanusi Junid adalah rakan-rakan seperjuangan RNC

Walaupun sudah hampir jam 11.00 malam, begitu ramai penduduk Flat Seri Pahang yang terus setia mendengar ucapan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi

"Hidup BN...! Hidup RNC...!"

Berbual santai selepas acara bersama penduduk

Ditemu bual oleh media

No comments:

Post a Comment