Selepas lawatan ke sekitar kawasan Pantai Indah, Dato' Raja Nong Chik membuat lawatan ke kuil Sri Nageswari Amman Alayam yang terletak di Lengkok Abdullah, Bangsar. Lawatan ini adalah bersempena penubuhan dana pembangunan serta majlis perasmian perletakan batu asas bagi pembinaan bangunan baru.
Majlis yang berlangsung pada jam 10.00 pagi ini dimulakan dengan upacara
pooja bagi mengalu-alukan ketibaan RNC yang dibawa melihat pelan tapak pembinaan yang akan dilaksanakan. Acara diteruskan dengan perletakan batu asas bagi pembinaan bangunan baru di kuil tersebut. Selain perasmian, dana berjumlah RM100,000 disampaikan kepada Ahli Jawatankusa Badan Pengurusan Kuil bagi kos pembinaan.
Terpancar kegembiraan pada wajah para pengunjung kuil dan penganut agama Hindu yang berada pada majlis tersebut atas bantuan yang disampaikan. Pelancaran ini juga adalah bersempena dengan sambutan menandakan permulaan Tahun Baru Hindu, seiring dengan harapan bagi pembinaan bangunan baru yang bakal memberi lebih ruang, kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai yang mengunjungi kuil tersebut.
|
Wakil ahli jawatankuasa menunjukkan pelan tapak pembinaan bangunan baru |
|
Upacara pooja oleh penganut-penganut Hindu di kuil Sri Nageswari Amman Alayam |
|
RNC menyentuh batu asas sebagai simbolik perasmian pelancaran pembinaan bangunan baru kuil |
|
Ucapan perasmian oleh RNC |
|
SEMPURNA SUDAH -- Majlis pelancaran perletakan batu asas bagi pembinaan bangunan baru kuil |
|
Penyampaian cek sumbangan berjumlah RM100,000 kepada jawatankuasa badan pengurusan kuil |
|
Bertemu dan bersalaman dengan para penganut Hindu yang hadir bagi majlis perasmian dan sempena sambutan Tahun Baru Hindu |
No comments:
Post a Comment