Kad Laporan Lembah Pantai merupakan senarai pencapaian dan usaha yang telah dilaksanakan oleh RNC sepanjang empat tahun lalu dan yang terkini dalam usaha membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Lembah Pantai. Ia memuatkan lebih dari 600 program, projek dan pelaksanaan pelbagai usaha yang diinisiatifkan oleh RNC demi kesejahteraan rakyat. Kad Laporan ini merupakan bukti kerja keras RNC sebagai seorang pemimpin yang benar-benar melaksanakan tugas dan bukan sekadar muncul menjelang waktu pilihan raya sahaja. Beliau sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat serta terus menerus melaksanakan projek-projek pembangunan untuk membantu masyarakat dari segenap lapisan sejak tahun 2008 lagi.
Lebih 2,000 salinan Kad Laporan diedarkan pada malam pelancaran tersebut. Kad Laporan ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
RNC menyampaikan ucapan sempena pelancaran |
DEMI LEMBAH PANTAI -- Semangat RNC turut dirasai oleh setiap hadirin |
1MALAYSIA -- RNC bersama pemimpin-pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional |
RNC membentang dan menerangkan kandungan Kad Laporan Lembah Pantai |
RAMAI -- Sokongan luar biasa dari masyarakat Bangsar |
RNC dijulang beramai-ramai oleh para penyokong |
INILAH HASILNYA -- RNC bangga menunjukkan Kad Laporan Lembah Pantai, bukti kerja keras beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan rakyat selama ini |
Rakan-rakan media yang membuat liputan |
LAUTAN PENYOKONG -- Pandangan dari atas pentas |
RNC dan isteri mengedarkan Kad Laporan kepada hadirin |
Datin Nafesah turut membantu mengedarkan Kad Laporan |
Sokongan dari kaum India |
Sokongan dari kaum Cina juga tidak kurang hebatnya |
No comments:
Post a Comment